Tuesday, October 25, 2011

pengaruh + keadaan sekeliling

bagaimana keadaan sekitar dan sekeliling kita mempengaruhi kita.

ya aku faham andai kamu seorang yang jenis tak ambik kisah tentang sekeliling kamu,

maka kamu tidak perlu khuatir tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kamu

tapi malangnya bila orang sekeliling kamu plak kisah tentang kamu.

seperti contoh tempat tinggal aku, i have to admit aku cuma sorang anak kampong yang tinggal di sebuah kampong yang tak serupa kampong; dimana kenderaan sentiasa bergerak di jln dpn rmh dgn bunyi motokar yang sering kedengaran. Ya itulah tempat tinggal aku dan kampong aku.

Bukan untuk menjatuhkan sesiapa tp utk hidup secara bahagia di kampong ini kamu kena kuat keimanan dan sentiasa berhati2. disini syabu senang di dapati, dan dealer syabu sering mencari mangsa utk memperluaskan `bisnes` mereka itu. Jadi kamu kena kuatkan hati supaya tidak lemah dan tergoda dgn keadaan tersebut. Ini Cuma salah satu contoh.

Sebenarnya keadaan sekeliling kita, our surrounding can reflect to our live. Memberi kesan baik dan buruk kepada kita andai kita tidak mampu dan pandai mengawal emosi.

Seriously, aku bkn selalu kuar dr rmh bila ada kelapangan sebab aku suka sendirian, ya aku ada kwn2 di kg ini, tp keadaan masa tidak sama seperti dulu. Masing-masing punya agenda tersendiri, maka aku lebih suka duduk di rmh.

Satu hari tu ada sorg kakak berkata `kau tak takutka laki ko jauh dr ko`.. which is dia ingin mengatakan yang mungkin suami aku akan berbuat sesuatu yang tidak baik. Im speechless, tak tahu mau kata apa. Takut?? Ada ckit tapi ada sebab kenapa aku tak takut. Be honest im trust him. Tapi kepercayaan yang bukan diberi hanya sebab kata-kata cintanya, tapi juga sebab perbuatan yang dia lakukan. How can I say yes im afraid? kalau tiap pagi dia akan call utk bgtau dia p keja, balik dr keja+sarapan dia call utk bgtau dia nak tido, tiap lunch time, aku akan call dia, petang dia akan cl kata p rlcl dan main badminton, balik keja aku call dia, dan malam dia video call 3G aku. So most of his time, he spent for me. so? Jd? Kesimpulannya, tiap kelakuannya mencerminkan kata-katanya. He far away from me, I cant touch him, cant hug him, cant seeing him always, but I know for sure he will take care himself, as long as he realize that Allah see what he doing. Aku mencuba terbaik mungkin untuk menjaga dan menjadi yang terbaik buat dirinya. And for sure, the rest is how he handles this relationship. Memang terasa takut jg kalau2 dia buat pkara tak baik atau terjumpa dgn org lain kat sana. Tapi aku sentiasa berdoa yang Allah sentiasa menjaga hubungan kami, menjadikan dia hanya untukku dan aku hanya untuk dia. Bukan tamak tapi tak sanggup untuk berkongsi kasih hehe.. tapi andai dia jenis yang susah dihubungi, selalu kuar malam, melepak dgn kwn2 di pub, ada kwn perempuan yang blh diajak kuar bersama, itu aku boleh katakan ya aku takut, tp msh tidak tahu keperatusan takut itu kerna ia bergantung kpd keadaan. Kalau sekadar kuar ramai2 dgn kwn lelaki tetapi terselit kwn keja perempuan, jadi memang aku kena consider the percentage..tapi kalau keluar berdua mkn2 hujung minggu tu memang akan menaikkan peratus ketakutan.. so it depend to situation, sebelum kita mau berkata sesuatu sila lihat keadaan kita sendiri. Dalam hubungan rumahtangga give and take, tolak ansur sgtla penting.

Ok balik kepada cerita kita, lihat bagaimana kata2 atau perbuatan orang sekeliling kita dapat mempengaruhi kita. Ya kalau anda berada di sekeliling manusia yang selalu menjadikan masalah orang lain sebagai topic utama, memberikan kata2 negatif dan mematahkan semangat orang lain, maka anda berada dlm keadaan bahaya. Andai aku berada di keadaan org yang sentiasa memomokkan aku tentang lelaki curang, suami main perempuan lain, hubungan sulit, kahwin lain. (nasib baik kwn2 keja aku semua baik2 tak mencampuri urusan peribadi org lain). Dan momokan itu sentiasa tergiang2 di telinga saban waktu disebabkan manusia paparazzi yang tidak penah penat utk berkata mengenainya. Maka aku mungkin akan terpengaruh dgn kata-kata mereka, mula menanam sikap prasangka, dan mula mengongkong aktiviti suami, dan pastinya perbalahan akan terjadi. Kunci utama kebahagiaan rumahtangga ialah kepercayaan anda kepada pasangan, andai kepercayaan itu tiada, maka hubungan itu akan berkocak.

Jadi apa akan jadi dengan rumahtangga aku? Pasti tiada kebahagiaan di dalamnya. Oleh itu, amatlah perlu utk org2 diluar sana supaya menguatkan hati, mental dan fizikal andai anda berada dlm zone bahaya ini. Sentiasa dekatkan diri kepada Allah, berdoa utk kebahagiaan rumahtangga. Cuba utk elakkan dari mendengar cerita buruk dari mereka2 yang sgt suka bergosip ini dan ingin melihat org lain sengsara. Jika ingin dengar, atau terpaksa dengar, sila hidupkan filter di otak anda untuk tapis segala kata-kata yang mereka ucapkan..

Please stop being the person that they want you to be, please be person that u want to be. Menjadi apa yang kamu ingin jadi, tidak perlu dengar kata2 buruk mereka, kecuali sememangnya kamu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya

Memang betul keadaan sekeliling kita, dalam apa jua bentuk; tempat tinggal, tingkah laku dan kata2 boleh mempengaruhi cara hidup kita, cara kita berfikir dan cara kita berkomunikasi lisan atau fizikal. Tapi kita.. KITA punya Akal dan Otak untuk memilih cara hidup sendiri, jangan penah membiarkan orang lain memberi tekanan kpd anda dan merosakkan apa yang telah anda miliki. Berfikir sebelum bertindak, bersabar sebelum mengambil tindakan, mendengar sebelum memutuskan dan berdiplomasi dgn cara berilmu

p/s memang perkahwinan jarak jauh bukan senang, tapi untuk menjadi senang utk kebahagiaan bkn juga susah. Pandai2la kita mencari jalan kehidupan rumahtangga..

0 comments: