Ok aku skrg tgh sakit kepala nak cari produk penjagaan muka ni huhu.. Aku rasa produk muka yang aku pakai sekarang da imun kot dgn kulit muka aku, jadi kulit muka aku tak selicin dulu aiseh perasan btl.. sekarang ni nampak gelap, ada jerawat pasir dan bintik2 hitam kat hidung. dan pipi, laki aku suka sgt p picit hidung tu. mulanya aku tak kisah juga ni pasal muka aku rasa mcm ok, tapi suami tu bising ckp aku tak jaga muka ka, sebab kulit muka krg cantik tak seperti semasa sblm dan awal kahwin. Mula tu ckp kat suami org jaga apa, cuma mungkin agak malas menyapu krim2 kat muka waktu mlm ataupun produk tu da tak berkesan kat kulit muka aku, jadi timbullah gejala yang tak bgs ni aiii... jadi akibatnya aku pening fikir produk apa nak dibeli dan dipakai, dah la kulit muka aku ni jenis sensitif..
masa zaman remaja dulu mcm2 aku guna fair n lovely, baby gohson, hazeline snow white, safi, apricot, mcm2 la tapi semua tak sesuai, dan kulit muka aku memang byk jerawat serta berminyak. tapi masa da masuk tingkatan 6 mcm tu da ok ckit, dan masa di U pun jerawat tak timbul banyak.
masa tingkatan 6 dan di U aku guna ponds yang warna pink. aku guna pencuci muka, toner, krim muka. rasa ok, kulit muka tak berjerawat, minyak kurang, kulit muka adalah cerah ckit hehe.. memang pakai ni dr tingkatan 6 sampai nak dekat kahwin. bila nak kahwin aku tukar p jenama lain plak.
Masa nak kahwin tu mula2 aku cuba guna produk sri mawar yang warna pink juga. Trial set aku pakai, tapi memang tak sesuailah dgn kulit muka aku, kulit muka mengelupas sgt dan berminyak, jerawat naik. jadi aku stop guna, habis pun tak, ada tinggal sikit lagi.

Pastu aku beralih menggunakan tia amelia, aku guna dari awal tahun 2009, memang nampak perubahanla, kulit muka nampak putih, gebu, jerawat tak naik dan licin. aku guna 1 set dengan krim jeragat. Memang aku rajin guna produk ni dulu. Tapi skrg tak taula napa aku mcm jarang guna da, mungkin sebab aku tak rasa kesannya sudah. sejak tia amelia bertukar packaging baru, sabun pencuci dlm botol kesan mcm kurang, dan aku pun makin terlupa nak pakai krim waktu malam hehe.. Tak tahu sama ada sebab kulit muka aku da imun dgn produk ni, atau aku yg jarang pakai krim atau aku sebenarnya bosan dan nak berubah angin hehe.. Tapi tia amelia memang ok la, masa aku baru cuba, aku p facial, org facial tu siap tanya aku guna apa cuci muka, sebab kulit muka aku halus, dan juru andam aku pun ckp kulit muka aku berbeza dari mula2 dia bagi make-up trial aku, hehe banggala juga... tapi tak tahu kenapa aku mcm malas da nak pakai tia amelia ni hehe.. ohya tia amelia ni pun tahan utk lebih 3,4 bulan, kecuali pencuci muka dan toner, krim memang tahan lama.

Jadi kesimpulannya aku pun tak tahu nak guna produk penjagaan muka yang mana, ada juga aku review2 tgk mana yang bgs, tapi yalah lain org lain juga keadaan. sekarang aku ada juga pilihan, antaranya :
a) artistry pure white
Macam okla, tapi belum cuba belum tahu, harga memang blling2 juga mata RM460 mcm tu, tapi blh than hingga 4-6 bulan. Aku tak kisah juga tapi takut kulit muka tak sesuai melayang duit aku muka tak ke mana. Tapi mcm ada warranty la, kalau x sesuai blh minta duit balik. rasanya ni first choice aku la, tapi masih tak tahu lagi.

b) bio essence tanaka white
Yang ni pun tak pasti ok ka tidak, tapi mcm ok juga. ada starter kit yang berharga RM30. tak tahu nak try atau x hehe
Jadi aku pun sedang fikir baik buruk produk yang aku nak beli ni, tapi memang yang menjadi pilihan artistry pure white tulah.. aiseh arap2 pilihan aku tepatla ni hehe.. kalau jadi gaji hujung bulan aku beli 1 set produk, dan berikrar utk fokus dan maintain pakai produk tu selama 3 bulan. kenapa 3 bulan sebab laki aku balik bulan september ni, jadi aku ada masa 3bulan utk membaikpulih dan mencantikkan kulit muka. jadi xla dia bising tgk hidung aku ada bintik2 hitam haha.. dan aku teringin p facial at least sebulan sekali byk betul perancangan, tu blm masuk merancang merawat rambut lagi, ai kelemumur ni datang balik pening juga aku hehe, sebab En suami tu suka sgt komplen pasal diri aku skrg, bkn mara cuma nasihat. paling dia suka p buka kelemumur, sakit tau tak, jadi dia ckp kalau x mau kena kacau bgs bagi hilang sebelum dia balik.. mcm2 perangan en suami tu kan.. tak pala utk suami.. haah
0 comments:
Post a Comment